Sunday 23 September 2012

Maniz, Pahit, Tawor

Korang rasa kenangan apa yang korang rasa tak boleh lupa langsung dalam hidup ko nie.. sebab setengah orang kenangan tu buat dia jadi trauma sampai bila-bila, ada yang manis sampai nak kan masa tu di putar semula, pahit sehinggakan tak sanggup  nak hidup dekat dunia nie lagi...
Tapi aku seorang yang kadang-kadang bila teringat kenangan bersama M buat aku rasa macam nak jer lari kebalakang supaya aku nie tak pernah kenal dia ..tapi bila ingat G pulak huhuhuhuhu.. rindu sangat kat dia... entah la dekat mana la dia sekarang.. tapi sekarang nie aku berserah je la..
Eh! asyik ngan kenangan ngan BF/GF jer  takkan kenagan ngan family , masa kecik dulu tak der kan .. mesti banyak.
Ak rasa korang mesti nak tau kn Ak punya kenangan masa kecik2 dulu..
Ak nie dulu masa kecik tak la comei mana pun tapi kira comei n bulat la sampai skang nie ( masukbakulangkatsendiri) oooiiitt.. jangan ngumpat yerk... puji untuk diri sendiri tak per.. bukan orang lain pown.. eh dah tersasul pulak Ak ni..
Masa kecik dulu Ak selalu duduk umah sowang2, main sowang2, pucuk pangkal la Ak nie dulu kira macam cite Home Alone tu la.. ye la nak buat macam manakan mak Ak kerja cari rezeki tuk besar kn  Ak dan kakak2... hahaha jangan tekejut yer Ak ramai kakak tapi tak de abang tau.. abang angkut banyak la..
nak d jadikan citer 1 hari tu Ak nak masak jagung rebus, siap tanak atas dapur sambil kacau air kat dalam periuk.. kushuk punya kushuk tersimbah la air panas kat perut Ak..apa la meraung tak ingat dunia la kan siap buka baju lagi tinggal suar kecik jer.. yg buat malu tu jiran sebelah datang umah tgk apa yang berlaku... huhuh masa tu tak kira malu dah uii.. sebab sakit . nasib baik tak tinggal parut kat perut ... nie namanya dekat dengan perut hihihihihii.. bila di pikirkn balik malu siotttt... aper lagi kenangan AK..
Ermmm... hah Ak nie dulu suka panjat memanjat lakan.. kira macam bdk lelaki la.. aktiviti Ak masa kat umah selalu jer main ngan bebudak lelaki .. masa tu budak pompuan nier Ak kurang cikit sebab ngada2.. dulu Ak penah main roundes, penggal kasut, galah panjang, polis sentry siap buat senapang kayu lagi..panjat pokok, kona kondi.. lagi aper yerk.. dh tak ingat dah tak macam bebudak skang 27 duduk ngadap computer game.. dulu masa Ak wat semua tu Ak nie kira kurus juga la masa kecik tapi masa umur AK 10thn  Ak kena gastrik sebab tak makan.. mana nk makannyer .. masa sekolah time rehat jer Ak g main tak makan balik  umah terus sambung wat keje umah pulak kira Ak dulu berdikari la... tu sebab bila orang tgk Ak... owang tak caya Ak ank bongsu.. huhuhuhhuu.. tapi kasih sayang mak terhadap Ak sama jer macm kakak2 yg lain walaupun ade kekurangan Ak tak amik ati sbb Ak faham...
Lepas jer kena gastrik tu... Ak dah mula mengepamkan badan sebab masa rehat Ak kena makan kalau tak rugi la Ak dapat makanan PPRT sekolah, tolak rezeki namaya tu.. hihihihihiiihii.. bukan tu je mak pun tak bagi Ak main ngan bebudak kat kawasan umah.. so Ak terpaksa jadi Home Alone la.... sambil mengepam badan, kemas umah, masak n makan..
Kenagan yang buat Ak ingat sampai sekarang siap ada kesan yang tertinggal lagi kat diri Ak..
Ak ingat lagi tarikh 11.10.1996 masa tu nak dekat raya Depavali... Ak kena duduk dekat Hospital hampir 2 bulan sebab mak Ak buang minyak panas kat kaki Ak.. huhuhuhuhu.. tapi tu sebab mak Ak tak perasan yang Ak lalu dekat situ, waktu tu dah tengah malam kira2 jam 1 pagi macam tu... yang Ak tau masa tu Ak terkejut dari tido Ak nampak api, masa tu tak pikir panjang Ak buka langkah seribu tapi seribu dah jadi sekangkang kera sebab Ak jatuh tergelincir.. rupanya kaki Ak dah kena simbah ngan minyak panas yang apinyer dah nyala dalam kuali tadi... huhuhu.. ape lagi meraung la.. macam nak terkeluar anak tekak..
Giler tak panas siap half done lagi isi kaki Ak tau.. ape lagi mak Ak suruh kakak Ak call abah bawk g klinik.. g klinik dr tak nak terima terus bawak g hospital .. hah amik kau kena tahan la. per gi..
Ak ingat lagi masa Dr. masuk check Ak terdengar yang deorang nak wat operation kat Ak la.. huhuhuh..
masa tu Ak takut sangat sebab dengar macam deorang nk potong kaki Ak .. masa tu Ak dok pikir macam mana la nak jalan kalau kaki tak de..rupa-rupanya deorng wat operation buang isi yang dh setengah masak tu n amik isi peha tampal kat kaki... huhuhuuhuh.. tu la kengan yang akan Ak ingat tiap2 ari bila tengok kaki Ak.. tapi Ak bersyukur sangat sebab Ak dapat bernafas lagi d dunia nie.. kalau tak Ak rasa malam tu Ak mungkin jadi mangs kebakaran n tak mungkin Ak boleh menulis citer nie kalau tak kakak Ak tersedar yang api tu dah menyala kat dalam kuali.. dekat dengan tempat Ak tido.. korang jangan tekejut pulak nape Ak tido dekat dapur.. dulu Ak idup susah. tu pasal la Ak nie ngan mak Ak tido kat dapur.. skang nie Ak panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT  sebab bagi Ak peluang untuk meneruskan idup n beribadat padaNya..

Saturday 22 September 2012

kenangan ku mmmmmuuuuuaaahhhh....

Teringgat pulak aku dekat kawan-kawan di Cameron Highlands windu sanagt deekat deorang ntah bila aku dapat pergi sana lagi.. sekarang sibuk cikit hihihihi,, cbuk ti tak la cibuk mana cuma cbuk nak bahagikan masa untuk sesuaikan diri dengan branch baru.. dulu masa dekat CH aku masuk kul 11.30am so ada la masa tuk aku sambung tido melelapkan mata sebab selalu tido lambat tapi dekat Kanthan nie terpaksa la bagun awal tak leh sambung tido balik huhuhuhuhuhu.. tapi tido tak mau pulak awal walaupun percubaan  melelapkan mata tak jalan jugak huhuhuhuhuhuhuhuhu.. fist day aku kat kanthan warrrghhhhh.. mengantuk bukan main lagi mata nie tak mau pulak nak buka asyik nak tutup jer sampai kan key in nama pelangan dalam system pun boleh salah hah nie la pengangan ngantuk yang aku hadapi.. tapi alhamdulillah sekarang kira dah dekat 2 minggu aku dekat kanthan .. setiap pagi pandai pulak mata aku ni buka sendiri tepat pada masa.... hihihihihi kalau dulu liat bukan main lagi.. selama 2 minggu nie kadang2 tu ada seronoknye ada tak seronoknyer " Tuhan sa..ja.. yang tahu.. pe..rasaan.. ku...." ermmmm bila tak sonok tu la masanya rasa nk balik umah cepat2.. malas nak tunggu... huhuhuhuhuhuuhuu.... 
Kenangan dengan bebudak lama rasa macam tak leh nak lupa ada seronok, ada sedih, bak kata orang dah macam keluarga la katakan memang hapening sangat.. rasa rindu dengan suasana dekat sana ...errmmmm nak buat macam mana kadang2 kita kena pandang kedepan dan tak boleh pandang belakang lagi tapi bukan cite Jangan Pandang Belakang k.. nie citer bila terkenang atau dikenang kita terpaksa pandang balik kebelakang memerhatikan ia sudah lama pergi meniggalkan masa kita sekarang.. macam lagu Kenangan Ku bersama mu... 
Tapi kenangan nie.. akan aku ingat sampai bila-bila yang baik aku simpan yang buruk aku buang jauh - jauh sebab yang buruk tu selalu d hasut satan kan huhuhuhuhuhuhuu...

25.6.2012.. Ulang Tahun Kelahiran Azrul

Takkn kami lupa pada mu wahai adk Azrul (ayoi).... selamat ulang tahun kelahiran pada mu wahai ayoi..hahahahah.. dah masuk umur ko 20 tahun.. tapi sorry la sebab sambut lambat 3 hari.. hihihiihihihi.. tapi kira sambut gak la kan bukan lupa tapi masa tu.. masa pitih elek la dik..
akan kami kenang diri mu yer dik semoga capai impian yang di hajati....

sedap tak kek yang kak ummi buat tu... hihihihhihihhihi(tunjuk n beli jer kihkihkihkih)...

Sunday 17 June 2012

'' KENANGAN TERINDAH ''

Assalamualaikum WBT,
Hari ini Admin MIFY akan berkongsi pulak kenangan Terindah nya bersama Kawan-Kawan yang disayangi dan dikasihi Semoga Allah Azza Wajala merestui persahabatan yang terjalin dan ukhwah yang terjalin diharapkan berterusan hingga ke akhir hayat.....
Dimulakan kisah aku dapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat penghantaran wang antarabangsa,aku berjaya di panggil temuduga selepas menghantar resume aku kepada Ibu Pejabatnya di Kuala lumpur.
Pada tanggal 10hb Januari 2012 adalah hari pertama aku menjejakan kaki ku di MERCHANTRADE ASIA SDN BHD,setibanya aku 10 minit lewat ke pejabat di sapa manis oleh pengurus cawangan aku CIK FAZLIATUN UMMI BASRI,dengan soalan yang tidak sewajarnya di soalkan kepada pekerja baru seperti aku '' KENAPA LAMBAT? '' soal pengurus ku, Dengan terketar-ketar aku jawab '' MAAF BOSS PARKING TAKDER '' , jawapan ku tidak dibalas dan dia terus melakukan kerja harianya yang selalu dilakukan iaitu menghantar SALES REPORT.Aku diam duduk disana dan melihat karenah manusia yang banyak di persekitaran aku.Kemudian aku bosan dan pelbagai soalan diajukan kepada Boss aku itu,lalu dikhabarkan kepada aku bahawa AA (area admin) bagi cawangan cameron akan tiba sebentar lagi.Aku dan boss aku sama-sama menunggu kehadiran AA itu yang pada masa itu pertama kali untuk aku berjumpa dengannya.Kemudian AA pun tiba dan boss aku UMMI mengenalkan aku dengan AA tersebut yang bernama MAZ LI NA yang pada namanya Islam pada Hatinya cuma sang pencipta sahaja yang tahu.Dihulurkan tangan dan dijabat mesra oleh AA membuatkan aku terkejut kerana adalah haram bagi seorang perempuan Islam untuk berjabat bersama lelaki yang bukan muhrimnya apatah lagi ini adalah pertemuan pertama kali.diringkaskan cerita keeseokannya aku harus berjumpa dengan my second boss Penolong Pengurus Cawangan ku CIK FAZIRA ISMAIL , hari kedua juga aku lewat masuk kerja 5 minit, diajukan soalan yang sama seperti kelmarin , dan jawapan yang sama aku keluarkan.Aku jadi takut bila disoal , kerana semalamnya itu AA aku pesan hati-hati dengan budak fazira,dia garang.hehehehe.dan begitulah hari2 berikutnya aku menjalani kerja dengan kemalasan yang aku ada.....diringkaskan cerita selama seminggu aku bekerja di sana berulang alik dari kota jajahan ayah ku tercinta sepanjang 15KM setiap hari,aku teruskan nekad untuk bekerja demi sesuap nasi ataupun sesudu mee goreng mamak kedai peridah bibi.Tarikh seminggu cukup mematangkan aku untuk mengenali setiap pekerja disana dan tingkah laku mereka , owh aku lupa cerita tentang seorang lagi sahabat yang berbangsa india , berkulit hitam manis , berbadan gempal dan sangat sporting yang bernama SHUBASHNI.Dia seorang pelajar lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan dikeluarkan oleh KPM.Juga terlupa seorang lagi sahabat yang baik dan sejiwa politik dengan aku , ENCIK AZRUL AZLAN merupakan seorang Pengawal kepada Merchantrade Asia Sdn Bhd dengan rakan kongsi nya SUMITOMO , Pada awal perkenalan Azrul seorang yang benggis dan tak suka bercakap , senyum pun tak pernah dibalas ...huh....Sakai , lalu pada suatu hari aku menyapanya dengan bertanya kedudukan Masjid di bandar Kg Raja.Disitu terjalin lah persahabatan antara Iqbal dan Ayoi (AZRUL) dan kami menjadi sedikit akrab bersama tiga makhluk lagi dalam cawangan tersebut.
Pada suatu hari Boss aku mendapat email dari Ibu Pejabat menyuruh kami untuk menyambut ulang tahun syarikat selama 5 Tahun , bertungkus lumus kami membuat persiapan bagi sambutan itu demi menjaga imej dan kualiti syarikat.KREDIT sepenuhnya diberikan kepada CIK UMMI yang hampir 50% kerja adalah dari hasil tangganya dan 40% fazira , masih baki 10% kan?itu adalah hasil kerja aku, Ayoi , Subash dan mamat benggala sorang


Gambar ini ditangkap pada hari sambutan tersebut , dari kiri BOSS ummi, azrul ,fazira ,aku dan amamt benggala seorang yang diberi nama MUSHARAF HALWA...Korang mesti pikirkan mana perginya seorang lagi staff yang aku ceritakan tadi , SHUBASHNI? dia tak dapat join kita orang kerana 3 hari sebelum sambutan dia kehilangan ayah tercinta yang meninggal akibat serangan jantung di hospital di Kuantan.seminggu sebelum ayahnya meninggal dia ada bercerita tentang aku sedikit tentang mendiang tapi harus di rahsiakan perbicaraan itu kerana aib si dia harus dijaga , namun sebagai seorang abg dan yang lebih dewasa aku  menasihatinya dengan BIL HIKMAH dan menerangkan dia tentang kejadian manusia dan tanggungjawab seorang anak , Insya 'Allah harap dia dapat paham dan mengerti niat kau dan dapat dijadikan pengajaran dalam hidupnya.Korang nak tengok AA aku tu?sat aku tunjuk yer,
Ini lah dia si AA yang aku maksudkan tu , terpaksa menunudukkan badan demi sesuap LADOO yang disuap oleh AA kesayangan ku...sayang ke?hahahahhahahah.......
Di merchantrade kami selalu mengadakan aktiviti seminggu 2 3 kali lah kuar makan ke , minum minum ker wajib ada,untuk mengeratkan silaturrahim kan...huhuhu
Selepas beberapa Bulan aku berkerja disana aku dipanggil semula oleh majikan lama untuk sambung perkhidmatan aku sebagai pengurus disalah sebuah syarikat penghantaran wang antarabangsa juga , satu keputusan yang sangat susah diambil dan membuat kan aku mengambil masa selama 2 minggu untuk berpikir,akhirnya dengan bantuan rakan-rakan dan tauladan aku mengambil keputusan untuk pulang bekerja bersama majikan lama..Faktor yang diambil kira adalah destinasi dan waktu kerja yang panjang di Merchantrade.Pada awal bulan March aku secara rasmi meletak jawatan di MERCHANTRADE ASIA dengan kemasukan semula ke syarikat lama aku.Kan aku dah kata , kita selalu mengadakan majlis makan - makan ? jadi apabila secara sahnya aku ingin berhenti kerja aku dipelawa oleh semua kakitangan Merchantrade untuk mengadakan majlis perpisahan yang dianjurkan oleh mereka,yang turut disertai oleh sahabat2 yang baru ingin ku kenal dari ipoh,sahabat handai kepada BOSS ku yang bernama jasha dan kak sha,
kami berempat di GLORY SNACK CORNER majlis perpisahan untuk diriku , Jutaan terima kasih di-ucapkan kepada semua sahabat yang menjayakan majlis makan malam ini.Dengan perasaan rendah diri aku ucapkan jutaan terima kasih.Ingat pesanan dari sahabat korang disini , walau majlis perpisahan dilakukan selagi tiada talkin dibaca diatas kubur ku korang semua tetap sahabat ku dunia akhirat , kita akan selalu berjumpa , berkongsi , melawak dan bercerita sesama kita


di kanan sekali adalah budak india yang aku maksudkan tadi ,sekarang telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam , semoga kau senantiasa berjaya adikku.

kepada sahabat2 ku yang membaca entri ini , ingin saya menghulurkan sepuluh jari memohon maaf andai selama perkenalan kita , ada saya menyakiti hati mana2 pihak,ada yang terasa hati atau yang sewaktu dengannya..maaf dipinta diatas kebhatilan diri,apa pun jadi anda sahabat saya yang terbaik.Terutama kepada BOSS ummi saya pohon maaf atas apa jua yang pernah saya menyakiti kak ummi,halal yer?semoga kita senantiasa berjaya dalam hidup..Kenangan yang terindah dicipta tidak akan saya lupakan dan ianya akan berada di tangga teratas dalam hidup kita..Kita satu...saya sayang korang,Lillah tak tipu



BERLAGAK RAJIN

SALAM KEMAAFAN

MOHAMAD IQBAL FAZAL YAMAN
''KENANGAN YANG DICIPTA AKAN DIBAWA SAMPAI MATI , TERIMA KASIH SAHABAT SAHABAT YANG SELALU MENDOAKAN DIRI INI.SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM BIDANG YANG DICEBURI,JARAK DAN MASA BUKAN PEMISAH ANTARA KITA,WA SAYANG LU ORANG''


bhai..............

Tuesday 12 June 2012

Kenangan...














Kenangan Itu terlalu indah,
untuk setiap insan...
Kadang kala kenangan itu jua,,
bisa bikin Manusia ..
mengalirkan air mata..

Kenangan bisa buat manusia alpa..
Alpa ketika hati dalam kerinduan.
Alpa ketika jiwa dalam keresahan.,
Alpa Ketika diri keseorangan..

Kenangan itu ...
indah...
manis..
pahit... dan ..
duka..

Indah pada yang gembira ...
Manis pada yang bercinta..
Pahit pada yang kecewa..
Duka pada yang merasa....

Yang pasti...
Kenangan bisa buat kita tertawa..
bisa buat kita tersenyum..
bisa buat kita menitiskan air mata..

Thursday 7 June 2012

LASER BATTLE


Kenagan ak ngan anak2 sedara.. kat laser battle bercham  glamour square.. memang best giler. ar .. walau pown habis duit kat cnie.. dpt gak aku.. kuarkan peluh2 aku kan.. yang dh lama x pecah  nie. hahahahaha.. kenagan yang akan ak ingat la.. sbb ak pegi main nie.. waktu ak demam .. tu pown sebab dah janji nagan anak sedara aku.. kesian la plak kalau x pegi.. ye ar bukan selalu pown deorg nie jumpa maksu deorang nie... jauhkan.. so nie la peluang aku nk bersama anak2 sedara aku nie.. al maklum la.. aku kan maksu yang paling brutal tok ank2 buah ak.. nie la kawasan maksu... hahahahahahaha.... joint my self with my lovely newphew..  muaaaah...

Sunday 3 June 2012

Buat Kali Pertama






Ok nie nak citer benda yang best sangat nie.. buat pertama kali dalam hidup aku la.. sebelum nie ak tak pernah wat benda- benda cam nie.. mula nak wat takut jugak la.. sbb takut nanti semua orang tahu yang aku buat benda nie.. yela nanti orang dok kata mengata la pulak kan.. al maklum la .. konon2 nak jadi orang yang tak melangar segala adat resam, konon2 nak jaga maruah diri.. tapi masa mula2 tu rasa gementar jugak la kan takut, cuak , kecut. tapi lama2 rasa macam best pulak rasa macam x nak benti wat benda nie.. hihihihi.. seronok sangat tapi kan kalau la ak dpt wat benda nie kat umah ke kat luar umah ker.. tambah lagi kalau tak der orang nak ganggu tu.. yang lagi best tu.. aman jer kerja aku mesti lama.. yang wat potong steam tu.. bila ader orang kacau tu.. yang rasa macam nak meletop jer rasa.. tapi nak wat cam ner .. lain kali jangan mulakan sesuatu benda yang kita tak pernah buat hah tu la balasan nyer bila dah mula buat x nak tinggalkan blog nie... nie la first time aku wat blog.. hihihihiihihihihihi  ( janganfikiryangbukanbukan ) :))