Sunday 17 June 2012

'' KENANGAN TERINDAH ''

Assalamualaikum WBT,
Hari ini Admin MIFY akan berkongsi pulak kenangan Terindah nya bersama Kawan-Kawan yang disayangi dan dikasihi Semoga Allah Azza Wajala merestui persahabatan yang terjalin dan ukhwah yang terjalin diharapkan berterusan hingga ke akhir hayat.....
Dimulakan kisah aku dapat tawaran bekerja di salah sebuah syarikat penghantaran wang antarabangsa,aku berjaya di panggil temuduga selepas menghantar resume aku kepada Ibu Pejabatnya di Kuala lumpur.
Pada tanggal 10hb Januari 2012 adalah hari pertama aku menjejakan kaki ku di MERCHANTRADE ASIA SDN BHD,setibanya aku 10 minit lewat ke pejabat di sapa manis oleh pengurus cawangan aku CIK FAZLIATUN UMMI BASRI,dengan soalan yang tidak sewajarnya di soalkan kepada pekerja baru seperti aku '' KENAPA LAMBAT? '' soal pengurus ku, Dengan terketar-ketar aku jawab '' MAAF BOSS PARKING TAKDER '' , jawapan ku tidak dibalas dan dia terus melakukan kerja harianya yang selalu dilakukan iaitu menghantar SALES REPORT.Aku diam duduk disana dan melihat karenah manusia yang banyak di persekitaran aku.Kemudian aku bosan dan pelbagai soalan diajukan kepada Boss aku itu,lalu dikhabarkan kepada aku bahawa AA (area admin) bagi cawangan cameron akan tiba sebentar lagi.Aku dan boss aku sama-sama menunggu kehadiran AA itu yang pada masa itu pertama kali untuk aku berjumpa dengannya.Kemudian AA pun tiba dan boss aku UMMI mengenalkan aku dengan AA tersebut yang bernama MAZ LI NA yang pada namanya Islam pada Hatinya cuma sang pencipta sahaja yang tahu.Dihulurkan tangan dan dijabat mesra oleh AA membuatkan aku terkejut kerana adalah haram bagi seorang perempuan Islam untuk berjabat bersama lelaki yang bukan muhrimnya apatah lagi ini adalah pertemuan pertama kali.diringkaskan cerita keeseokannya aku harus berjumpa dengan my second boss Penolong Pengurus Cawangan ku CIK FAZIRA ISMAIL , hari kedua juga aku lewat masuk kerja 5 minit, diajukan soalan yang sama seperti kelmarin , dan jawapan yang sama aku keluarkan.Aku jadi takut bila disoal , kerana semalamnya itu AA aku pesan hati-hati dengan budak fazira,dia garang.hehehehe.dan begitulah hari2 berikutnya aku menjalani kerja dengan kemalasan yang aku ada.....diringkaskan cerita selama seminggu aku bekerja di sana berulang alik dari kota jajahan ayah ku tercinta sepanjang 15KM setiap hari,aku teruskan nekad untuk bekerja demi sesuap nasi ataupun sesudu mee goreng mamak kedai peridah bibi.Tarikh seminggu cukup mematangkan aku untuk mengenali setiap pekerja disana dan tingkah laku mereka , owh aku lupa cerita tentang seorang lagi sahabat yang berbangsa india , berkulit hitam manis , berbadan gempal dan sangat sporting yang bernama SHUBASHNI.Dia seorang pelajar lepasan SPM dan sedang menunggu keputusan dikeluarkan oleh KPM.Juga terlupa seorang lagi sahabat yang baik dan sejiwa politik dengan aku , ENCIK AZRUL AZLAN merupakan seorang Pengawal kepada Merchantrade Asia Sdn Bhd dengan rakan kongsi nya SUMITOMO , Pada awal perkenalan Azrul seorang yang benggis dan tak suka bercakap , senyum pun tak pernah dibalas ...huh....Sakai , lalu pada suatu hari aku menyapanya dengan bertanya kedudukan Masjid di bandar Kg Raja.Disitu terjalin lah persahabatan antara Iqbal dan Ayoi (AZRUL) dan kami menjadi sedikit akrab bersama tiga makhluk lagi dalam cawangan tersebut.
Pada suatu hari Boss aku mendapat email dari Ibu Pejabat menyuruh kami untuk menyambut ulang tahun syarikat selama 5 Tahun , bertungkus lumus kami membuat persiapan bagi sambutan itu demi menjaga imej dan kualiti syarikat.KREDIT sepenuhnya diberikan kepada CIK UMMI yang hampir 50% kerja adalah dari hasil tangganya dan 40% fazira , masih baki 10% kan?itu adalah hasil kerja aku, Ayoi , Subash dan mamat benggala sorang


Gambar ini ditangkap pada hari sambutan tersebut , dari kiri BOSS ummi, azrul ,fazira ,aku dan amamt benggala seorang yang diberi nama MUSHARAF HALWA...Korang mesti pikirkan mana perginya seorang lagi staff yang aku ceritakan tadi , SHUBASHNI? dia tak dapat join kita orang kerana 3 hari sebelum sambutan dia kehilangan ayah tercinta yang meninggal akibat serangan jantung di hospital di Kuantan.seminggu sebelum ayahnya meninggal dia ada bercerita tentang aku sedikit tentang mendiang tapi harus di rahsiakan perbicaraan itu kerana aib si dia harus dijaga , namun sebagai seorang abg dan yang lebih dewasa aku  menasihatinya dengan BIL HIKMAH dan menerangkan dia tentang kejadian manusia dan tanggungjawab seorang anak , Insya 'Allah harap dia dapat paham dan mengerti niat kau dan dapat dijadikan pengajaran dalam hidupnya.Korang nak tengok AA aku tu?sat aku tunjuk yer,
Ini lah dia si AA yang aku maksudkan tu , terpaksa menunudukkan badan demi sesuap LADOO yang disuap oleh AA kesayangan ku...sayang ke?hahahahhahahah.......
Di merchantrade kami selalu mengadakan aktiviti seminggu 2 3 kali lah kuar makan ke , minum minum ker wajib ada,untuk mengeratkan silaturrahim kan...huhuhu
Selepas beberapa Bulan aku berkerja disana aku dipanggil semula oleh majikan lama untuk sambung perkhidmatan aku sebagai pengurus disalah sebuah syarikat penghantaran wang antarabangsa juga , satu keputusan yang sangat susah diambil dan membuat kan aku mengambil masa selama 2 minggu untuk berpikir,akhirnya dengan bantuan rakan-rakan dan tauladan aku mengambil keputusan untuk pulang bekerja bersama majikan lama..Faktor yang diambil kira adalah destinasi dan waktu kerja yang panjang di Merchantrade.Pada awal bulan March aku secara rasmi meletak jawatan di MERCHANTRADE ASIA dengan kemasukan semula ke syarikat lama aku.Kan aku dah kata , kita selalu mengadakan majlis makan - makan ? jadi apabila secara sahnya aku ingin berhenti kerja aku dipelawa oleh semua kakitangan Merchantrade untuk mengadakan majlis perpisahan yang dianjurkan oleh mereka,yang turut disertai oleh sahabat2 yang baru ingin ku kenal dari ipoh,sahabat handai kepada BOSS ku yang bernama jasha dan kak sha,
kami berempat di GLORY SNACK CORNER majlis perpisahan untuk diriku , Jutaan terima kasih di-ucapkan kepada semua sahabat yang menjayakan majlis makan malam ini.Dengan perasaan rendah diri aku ucapkan jutaan terima kasih.Ingat pesanan dari sahabat korang disini , walau majlis perpisahan dilakukan selagi tiada talkin dibaca diatas kubur ku korang semua tetap sahabat ku dunia akhirat , kita akan selalu berjumpa , berkongsi , melawak dan bercerita sesama kita


di kanan sekali adalah budak india yang aku maksudkan tadi ,sekarang telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam , semoga kau senantiasa berjaya adikku.

kepada sahabat2 ku yang membaca entri ini , ingin saya menghulurkan sepuluh jari memohon maaf andai selama perkenalan kita , ada saya menyakiti hati mana2 pihak,ada yang terasa hati atau yang sewaktu dengannya..maaf dipinta diatas kebhatilan diri,apa pun jadi anda sahabat saya yang terbaik.Terutama kepada BOSS ummi saya pohon maaf atas apa jua yang pernah saya menyakiti kak ummi,halal yer?semoga kita senantiasa berjaya dalam hidup..Kenangan yang terindah dicipta tidak akan saya lupakan dan ianya akan berada di tangga teratas dalam hidup kita..Kita satu...saya sayang korang,Lillah tak tipu



BERLAGAK RAJIN

SALAM KEMAAFAN

MOHAMAD IQBAL FAZAL YAMAN
''KENANGAN YANG DICIPTA AKAN DIBAWA SAMPAI MATI , TERIMA KASIH SAHABAT SAHABAT YANG SELALU MENDOAKAN DIRI INI.SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DALAM BIDANG YANG DICEBURI,JARAK DAN MASA BUKAN PEMISAH ANTARA KITA,WA SAYANG LU ORANG''


bhai..............

Tuesday 12 June 2012

Kenangan...














Kenangan Itu terlalu indah,
untuk setiap insan...
Kadang kala kenangan itu jua,,
bisa bikin Manusia ..
mengalirkan air mata..

Kenangan bisa buat manusia alpa..
Alpa ketika hati dalam kerinduan.
Alpa ketika jiwa dalam keresahan.,
Alpa Ketika diri keseorangan..

Kenangan itu ...
indah...
manis..
pahit... dan ..
duka..

Indah pada yang gembira ...
Manis pada yang bercinta..
Pahit pada yang kecewa..
Duka pada yang merasa....

Yang pasti...
Kenangan bisa buat kita tertawa..
bisa buat kita tersenyum..
bisa buat kita menitiskan air mata..

Thursday 7 June 2012

LASER BATTLE


Kenagan ak ngan anak2 sedara.. kat laser battle bercham  glamour square.. memang best giler. ar .. walau pown habis duit kat cnie.. dpt gak aku.. kuarkan peluh2 aku kan.. yang dh lama x pecah  nie. hahahahaha.. kenagan yang akan ak ingat la.. sbb ak pegi main nie.. waktu ak demam .. tu pown sebab dah janji nagan anak sedara aku.. kesian la plak kalau x pegi.. ye ar bukan selalu pown deorg nie jumpa maksu deorang nie... jauhkan.. so nie la peluang aku nk bersama anak2 sedara aku nie.. al maklum la.. aku kan maksu yang paling brutal tok ank2 buah ak.. nie la kawasan maksu... hahahahahahaha.... joint my self with my lovely newphew..  muaaaah...

Sunday 3 June 2012

Buat Kali Pertama






Ok nie nak citer benda yang best sangat nie.. buat pertama kali dalam hidup aku la.. sebelum nie ak tak pernah wat benda- benda cam nie.. mula nak wat takut jugak la.. sbb takut nanti semua orang tahu yang aku buat benda nie.. yela nanti orang dok kata mengata la pulak kan.. al maklum la .. konon2 nak jadi orang yang tak melangar segala adat resam, konon2 nak jaga maruah diri.. tapi masa mula2 tu rasa gementar jugak la kan takut, cuak , kecut. tapi lama2 rasa macam best pulak rasa macam x nak benti wat benda nie.. hihihihi.. seronok sangat tapi kan kalau la ak dpt wat benda nie kat umah ke kat luar umah ker.. tambah lagi kalau tak der orang nak ganggu tu.. yang lagi best tu.. aman jer kerja aku mesti lama.. yang wat potong steam tu.. bila ader orang kacau tu.. yang rasa macam nak meletop jer rasa.. tapi nak wat cam ner .. lain kali jangan mulakan sesuatu benda yang kita tak pernah buat hah tu la balasan nyer bila dah mula buat x nak tinggalkan blog nie... nie la first time aku wat blog.. hihihihiihihihihihi  ( janganfikiryangbukanbukan ) :))